Sejak pagi tadi saya sedang memikirkan apa yang harus saya tuliskan dalam blog ini. Saya tidak pasti bila detik pertama proses pemikiran saya bermula/ Tahu-tahu saya memang sentiasa berfikir, nampaknya tiada permulaan dan tidak pasti bila akan berakhir. Setiap saat saya berfikir. Setiap detik saya berfikir. Saya mulai sedar apa yang harus saya lakukan pada pagi ini . Saya perlu menyediakan sarapan pagi. Kejadian yang berlaku memang dibuat tanpa banyak berfikir. Minum se cangkir teh kurang manis dan makan dua keping roti bakar dengan jem. Saya tidak memikirkan perkara yang serious dan tidak membuat apa-apa perancangan. Orang selalu kata kita orang Malaysia ini suka menangguh-nangguh dan terus menyiapkan kerja. Kata orang puteh " procrastination" yang bermakna " to put off intentionally and habitually " atau " to put off intentionally the doing of something that should be done." Kalau kita merujuk kepada golongan pelajar kerja-kerja atau tugasan yang selalu ditangguhkan ia lah mencari dan membaca buku yang dicadangkan oleh pensyarah dan juga buat essei pada minit terakhir dan kadang-kadang terlewat dari tarikh untuk diserahkan kepada pensyarah. Pensyarah pula buat nota untuk syarahan pada saat terakhir atau memeriksa skrip jawapan pelajar pada hari-hari terakhir dan kadang serah grade yang tak lengkap. Bukan apa kerana seronok juga boleh tunjuk kerja keras sampai tak tidor malam bagi menghabiskan pemeriksaan skrip pelajar. Nampaknya fikiran saya telah menyimpang jauh dari tajuk perbincangan mengenai metakognitif. Saya telah buat analisis dan memantau fikiran kecil saya yang nampaknya bertindak liar ke sana kemari dan fikiran besar saya pula kurang keupayaan untuk mengontrolnya. Bila saya berjaya mengontrolnua supaya kembali kepada tajuk fikiran kecil saya telah pula kehingan mood untuk terus berfikir dan nampaknya kena tukar strategi dengan menangguhkan perbincangan.
Wednesday, December 5, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment