Friday, December 7, 2007

Pengumuman Penangguhan Perlawanan Bowling PCPK di Bukit Tinggi

Saudara Pengerusi Persatuan Cina Peranakan Kelantan Di Kuala Lumpur dan Selangor telah berbincangan dengan AJK dan juga ahli-ahli Persatuan telah memutuskan untuk menannguhkan perlawanan Bowling di Bukit Tinggi. Berikut petikan dari pengumuman pengerusi:


Saudara/ri, adik kakak semua

MEMANDANGKAN KEADAAN YANG TIDAK DIJANGKA TELAH DAN SEDANG BERLAKU DI
KAWASAN BUKIT TINGGI PADA KETIKA INI, MAKA SAYA DENGAN INI MENGUMUMKAN
PENANGGUHAN PERLAWANAN BOWLING PERSAHABATAN PCPK DI BUKIT TINGGI YANG
DIJADUALKAN PADA 22 DECEMBER 2007.

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, SAUDARA S/U DAN SAUDARA THEY AH WANG DIMINTA
UNTUK MENGURUSKAN PEMBATALAN PENEMPAHAN TEMPAT DAN BILIK APARTMENT
SERTA LAIN-LAIN PERSIAPAN YANG DIBUAT SEBELUM INI BAGI TUJUAN
PERMAINAN TERSEBUT.

BAGI PIHAK PENGANJUR KHUSUSNYA PCPK, PIHAK KAMI MEMOHON MAAF DI ATAS
SEGALA KESULITAN YANG TIMBUL AKIBAT DARIPADA PENANGGUHAN TERSEBUT.

Sekian dimaklumkan
Pengerusi PCPK

Tindakan diambil juga kerana suasana atau musim perayaan yang akan bermula dengan Raya Raya Haji dan diikuti dengan Hari Natal atau Krismas. Ramai yang hendak mengambil kesempatan untuk bercuti di kampung. Kebetulan pula sekarang musim banjir. Mereka juga turut merinduikan musim berkenaan, barang kali terkenang zaman kanak-kanak bermain dan mengharongi banjir dan berenang di sawah atau menjalankan aktiviti-aktiviti menangkap ikan serta menikmati makanan musim banjir seperti ubi kayu rebus dengan ikan kering dan ikan budu. Di Kelantan kalau musim banjir kita dapat melihat berlonggok ubi di jual di pasar dan gerai serta di kaki lima. Macam-macam ubi ada: ubi kayu, ubi badak, ubi tela dan lain-lain yang namanya sudah tidak dapat diingati oleh penulis ini.

No comments: