Judy Adkins yang sedang mengikuti Program Sarjana Pendidikan di Jabatan Teknologi dan Komunikasi Pendidikan, Jabatan Pengajian Kurrikulum, University of Saskatchewan telah memberi panduan yang sangat berguna kepada kita semua untuk memahami "Apakah Metakognitif? " Ia yang mempunyai ijazah Sarjanamuda Pendidkan (Bachelor of Education) dari Universiti Winnipeg dan pengalaman mengajar di sekolah rendah mengemukakan empat perkataan bagi memudahkan kita memahami makna metakognitif. Perkataan-perkataan tersebut ia lah Berfikir (Thinking ... ) Mengetahui (Knowing ...) Mempelajari ( Learning ...) Mengawal (Control ... ).
Berfikir mengenai mengetahui
Thinking about knowing ...
Belajar mengenai berfikir
Learning about thinking ...
Mengawal mengenai belajar
Control of learning ...
Mengetahui mengenai mengetahui
Knowing about knowing ...
Berfikir mengenai berfikir
Thinking about thinking ...
Sebut berulang-ulang sehingga perkataan-perkataan atau ayat-ayat ini tenggalam ke dalam minda anda. Lama kelamaan akan timbul gambaran mental mengenai metakognitif. Fikiran anda akan menjadi tenang dan timbul rasa puas hati. Wah!!! itu dia metakognitif. Bagamana mana anda gagal. Ahh!!! ingat positive thinking. Anda harus fikir secara positif. Kalau anda fikir anda tidak boleh lakukannya , memang anda tak boleh.
Menurut Judy Adkins jika penerokaan seterusnya dibuat terutama dalam tinjauan kepustakaan atau tulisan mengenai metakognitif akan ditemukan dua tema yang konsisten: Pengetahuan (knowledge) dan Kawalan ( control ). Marzano et al. (1988) yang menulis "Dimensions of Thinking" (petikan dalam Adkins) melihat ada dua aspek dalam metakognitif :
--Marzano et al. (1988).
_ knowledge and control of self
--Pengetahuan dan proses kawalan
_ knowledge and control of process
Saya sudah merasa penat menulis, membaca, berfikir dan buat analisis jadi fikiran besar saya mengambil trategi untuk berehat dan berhenti menulis sehingga mood saya datang balik. Buat sementara waktu fikiran besar sedang memantau dan mengintip aluran pemikiran saya.